25 April 2012

::Tips Menjaga Rambut Bagi Yang Bertudung::



Tips Menjaga Rambut Bagi Yang Bertudung


1. Pilihlah tudung dari fabrik yang nipis seperti kain kapas dan sifon, bagi membolehkan kulit bernafas dan mudah menyerap peluh.

2.Pastikan juga lapisan tudung yang dipakai tidak melebihi tiga helai. Lapisan yang terlalu tebal akan membuatkan kulit kepala berasa 'lemas' da menghalangnya bernafas.

3.Wanita bertudung juga mengidamkan rambut yang panjang mengurai. Namun agak sukar untuk menjaganya, apalagi apabila kerap bertudung.Sebaiknya, tetapkan panjang maksimum sehingga 60 sentimeter sahaja dan elakkan daripada menyanggulnya terlalu ketat dalam tudung.

4.Sewaktu melakukan aktiviti, pilihlah tudung dari rona yang cerah seperti putih, krim, kuning, merah jambu atau hijau epal, berbanding dengan warna gelap kerana sifatnya yang menyerap haba matahari akan cepat merosakkan rambut dan kulit kepala anda.

5.Fesyen bertudung kini lebih pelbagai dengan gaya ikatan dan simpulannya. Gaya ikatan sebegini sebenarnya melemaskan bahagian kepala kerana peredaran udara rambut akan terhalang. Sesekali cuba bergaya ringkas dan selesa, bukan untuk diri tetapi untuk rambut juga.